8 TEMPAT MENARIK DI DAERAH PADANG TERAP | KEDAH DARUL AMAN | 2021
NFB Knowledge Tv NFB Knowledge Tv
640 subscribers
6,545 views
55

 Published On Sep 11, 2021

#TEMPATMENARIK #PADANGTERAP #KEDAHDARULAMAN

DAERAH PADANG TERAP
Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadan dengan daerah Sik dan Pendang.

1. HUTAN LIPUR PUNCAK JANING
Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.
Terkenal dengan air terjun Puncak Janing. Terletak tidak jauh dari pekan Kuala Nerang, kawasan air terjun ini sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk tempatan. Air terjun yang sejuk dan menyegarkan sesuai untuk mandi manakala suasana hening serta kehijauan pokok-pokok hutan pula memberi ketenangan pada pengunjung yang datang.

2. TASIK PEDU
Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.
Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Mutiara Pedu Lake, aktiviti golf dan sebagainya. Sejak beberapa tahun ini resort tersebut telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan dan kurang promosi diadakan.

3. SEMELIANG AGRO FARM (PUSAT TERNAKAN RUSA)
Semeliang Village Resort ini terletak di Kuala Nerang Kedah.
Ia merupakan penginapan dalam Ladang Rusa, terdapat koleksi 100 jenis burung dan haiwan ternakan dengan persekitaran kampung yang asli dengan suasana resort yang moden.
Terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Pekan Kuala Nerang, percutian di sini mampu menawarkan ketenangan kepada golongan dewasa dan keceriaan kepada anak-anak kecil.
Di sini terdapat kolam renang, tapak bbq, 6 buah chalet, surau, dewan makan, serta ladang ternakan haiwan yang menjadi tarikan kanak-kanak.

4. SERI MAHAWANGSA HOUSE BOAT
Seri Mahawangsa Houseboat merupakan rumah terapung di Tasik Pedu yang boleh menampung kapasiti sehingga 15 orang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudajan seperti elektrik (generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai.
Selain itu, katanya penghuni perahu rumah juga akan menikmati pelbagai aktiviti rekreasi seperti memancing dan juga dapat menikmati air dengan merendam kaki mereka di perahu rumah Tasik Pedu sambil bergerak

5. CHAROK BATANG PADI
Charok Batang Padi merupakan salah satu daripada beberapa carok yang terdapat di kawasan Empangan Pedu. Charok Batang Padi merupakan satu perkampungan yang terletak berhampiran dengan perkampungan Melayu di kawasan Munggajah. Tetapi perkampungan tersebut yang pernah wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama “Charok Batang Padi”. Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.

6. JERAM TOK DIN
Jeram Tok Din merupakan satu tempat perkelahan yang terletak di Kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Pada akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah pernah perkenan melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi semakin popular sebagai tempat rekreasi dikalangan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.

7. PENGKALAN TOK MAS
Pengkalan Tok Mas terletak di Kampung Musa, Pedu, Kuala Nerang, Kedah. Sebuah alur sungai yang jernih airnya yang mengalir dari Empangan Pedu. Kedudukannya di pinggir jalan utama memudahkan orang ramai untuk singgah bermandi manda, terutama pada musim panas.

8. DUSUN RESORT
Dusun Resort ini wujud sejak tahun 2002 lagi dengan membawa konsep percutian dan aktiviti outdoor. Suasananya seperti kampung dikelilingi dengan dusun buah-buahan, hutan dan bukit bukau. Banyak kemudahan terdapat di sini, ada pelbagai kemudahan outdoor, dewan aktiviti, kantin, kolam renang, surau, asrama, tapak perkhemahan dan chalet.

show more

Share/Embed