Podiatrist Menerangkan Sakit Tumit: Plantar Fasciitis - Ari Tria, Singapore Podiatrist
East Coast Podiatry East Coast Podiatry
19.3K subscribers
308,812 views
2.6K

 Published On Aug 4, 2021

Podiatrist Menerangkan Sakit Tumit: Plantar Fasciitis - Ari Tria, Singapore Podiatrist

Hi Saya Ari Tria, salah seorang Podiatrist di East Coast Podiatry Centre (Singapore). Topik Yang Akan Saya kongsikan pada Hari ini adalah berkenaan dengan sakit kaki dibahagian tumit. Sakit kaki dibahagian tumit ini ada dua bahagian, so Dalam video kali ini, saya kongsikan dulu sakit tumit bahagian satu, iaitu “plantar fasciitis”.

Sakit kaki dibahagian tumit adalah salah satu penyakit yang paling biasa di alami oleh pesakit saya di klinik podiatri. Salah satu punca penyebab sakit tumit ini adalah penyakit “plantar fasciitis”.

Apa itu plantar fasciitis? Plantar fasciitis bermaksud keradangan fascia di bahagian tapak kaki atau dibahagian bawah tumit, seperti mana yang saya tunjukkan ini. Dibahagian tapak kaki anda terdapat satu lapisan connective tissue bergelar fascia. Fascia ini membentuk lengkungan atau arch kaki anda, bermula dari tulang tumit (calcaneus) ke semua jari-jari kaki. Jadi penyakit ini boleh berlaku di sepanjang fascia ini. Yang paling banyak berlaku adalah di bahagian pemasukan (insertion) dan di bahagian tengah fascia (midportion) so di lengkungan/arch. Fascia ini menampung tekanan berat badan semasa anda berdiri atau melakukan activiti-activiti, untuk mengekalkan kedudukan kaki yang ideal.

Jadi bila dan kenapa keradangan fascia ini berlaku, selalunya disebabkan oleh kecederaan yang berlebihan atau overused injury. Samada kaki anda kaki rata (flat feet), atau kaki anda highly arch foot iaitu mempunyai lengkungan yang tinggi, jika tekanan kepada fascia tersebut berlebihan dan berulang-ulang (repetitive), ianya boleh mencederakan fascia, dan fascia boleh koyak secara halus ( microtears ). ini menyebabkan keradangan atau (inflammation) fascia tersebut.

Penyakit ini boleh berlaku kepada anda jika anda mempunyai faktor risiko seperti:
Kaki Rata atau flat feet,
Kaki lengkung tinggi atau high arch,
Atlet sukan atau individu yang selalu bersukan,
Berat badan yang berlebihan,
Atau mempunyai kerjaya yang memerlukan anda untuk berdiri lama, seperti cikgu-cikgu, jururawat
- jururawat, dan lain-lain.

East Coast Podiatry - Pusat Rawatan Kaki East Coast

  / eastcoastpodiatrysg  

www.EastCoastPodiatry.sg | email: [email protected]

Klinik Singapura:

Orchard Clinic
302 Orchard Road . Tong Building #09-02 . Singapore 238862
Tel: (+65) 6884 4123

Kembangan Clinic
18 Jalan Masjid . Kembangan Plaza # B1-02/04/05 . Singapore 418944
Tel: (+65) 6848 5156

Novena Clinic
10 Sinaran Drive . Novena Medical Center #08-12/13 . Singapore 307506
Tel: (+65) 6235 2132

show more

Share/Embed