SEMARAK SERI KASIH - JUARA PERTANDINGAN TARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN FASUS 2023 - TARIAN RAMPAIAN
Calil Aziz Calil Aziz
289 subscribers
38,481 views
0

 Published On Aug 17, 2023

Karya: SEMARAK SERI KASIH
Muzik: Inang Ala Tipang & Joget Bersatu Hati Rojer Kajol

1. Juara Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan
2. Anugerah Koreografi Terbaik
3. Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik
4. Anugerah Penari Lelaki Terbaik

Tarikh/Tempat: 16/8/2023 - Universiti Malaysia Pahang
Artis Cilik: Tingkah Masyhur - Murid SK Puncak Alam (2)

Sinopsis:

Apalah guna berambut panjang,
Kalaulah tidak dengan sanggulnya,
Apalah guna kasih dan sayang,
Kalaulah tidak dengan sungguhnya.

Semarak Seri Kasih adalah sebuah tarian rampaian daripada tarian Inang dan Joget yang memaparkan kehalusan dan kelincahan penari ketika menari. Inang Ala Tipang merupakan tarian yang dihasilkan dengan iringan lagu Ala Tipang yang memaparkan hubungan pergaulan pikat-memikat si uda dan dara. Tarian seterusnya, disulam dengan kelincahan tarian Joget Bersatu Hati dengan gerakan yang dinamik berkisahkan kegembiraan dan keriangan si uda dan dara ketika menari bersama dengan menggunakan sapu tangan sebagai tanda luahan perasaan girang bersama. Persembahan tari rampaian ini memaparkan bentuk tari asalnya yang klasik dengan bentuk koreografi yang asli bagi mengekalkan keindahan dan keunikan seni tari pergaulan masyarakat Melayu itu sendiri.

show more

Share/Embed