SERI BUJUK CINTA - JUARA FESTA’23 UKM PERTANDINGAN TARIAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH - TARIAN RAMPAIAN
Calil Aziz Calil Aziz
289 subscribers
6,156 views
0

 Published On Oct 29, 2023

Karya: SERI BUJUK CINTA
Muzik: Gurindam Jiwa & Joget Bersatu Hati RK

1. Juara Pertandingan
2. Anugerah Koreografi Terbaik

Tarikh/Tempat: 28/10/2023 - Universiti Kebangsaan Malaysia
Artis Cilik: Tingkah Masyhur - Murid SK Puncak Alam (2)

Sinopsis:

Bunga raya di atas peti,
Bunga melur di ikat mati,
Memang ada niat di hati,
Jiwa serasi sehidup semati

Seri Bujuk Cinta adalah sebuah tarian rampaian berentak Asli dan Joget yang menonjolkan kelembutan dan kelincahan penari. Lagu Asli Gurindam Jiwa menjadi pilhan karya yang dipetik dari filem “Gurindam Jiwa”, 1965 oleh nyanyian Rafeah Buang, R Ismail. Penekanan gerakan yang lembut dan perlahan ditonjolkan sebagai tanda rajuk dan rindu dalam bujuk bersama. Tarian seterusnya disulam dengan kelincahan Joget Bersatu Hati dengan gerakan yang dinamik menceritakan tentang pujuk memujuk antara dara dan teruna bergurau senda gembira dengan memegang sapu tangan sebagai tanda ikatan hubungan yang suci. Persembahan tari rampaian ini disusun mengikut kesesuaian iringan lagu pada masa ini, tetapi masih mengekalkan keaslian dan estetika tari pergaulan masyarakat Melayu itu sendiri.

show more

Share/Embed