Apam Durian Superb Lembut,Kenyal,Enak Sukatan Cawan Versi Kak Ani
Mahani Salman Mahani Salman
54.5K subscribers
19,373 views
395

 Published On Aug 15, 2021

Resepi Apam durian

2 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 cawan isi durian
2 sudu teh yis
sedikit pewarna kuning
1/2 biji kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara Penyediaanya
1.Bancuh yis dengan 1 sudu teh gula dan sedikit air suam dan ketepikan
2.Ayak bahan kering iaitu tepung
3.Blender isi durian,gula dan sedikit air suam sehingga hancur
4.Apabila yis dah kembang bolehlah bancuh kuih apam durian
5.Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.Adukkan sehingga sebati dan masukkan sedikit pewarna kuning.
7.Perap adunan sehingga naik dua kali ganda.
8.Perap pada suhu bilik dengan menutup permukaan atasnya
9.Panaskan air kukusan hingga mendidih
10..Apabila dah kembang bolehlah kukus apam durian kita selama 25 minit hingga 30 jam dengan api yang sederhana kuat
11.Setelah masak sejukkan dan boleh makan dengan kelapa parut

#apamduriapamduriankampung#mahanisalman

show more

Share/Embed