PDRM BEKU 100 AKAUN LIBATKAN GISBH! AGONG TITAH SIASAT SECARA MENYELURUH!
ORAITNOPO Channel ORAITNOPO Channel
181K subscribers
5,150 views
247

 Published On Sep 16, 2024

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memaklumkan pihak berkuasa itu telah membekukan sebanyak 96 akaun melibatkan wang berjumlah RM581,552.31 yang dikaitkan dengan syarikat disyaki mengeksploitasi kanak-kanak.
Menurut laporan Malay Mail, dia juga berkata beberapa kenderaan milik syarikat itu turut dirampas.
“Sehingga kini, 96 akaun bernilai RM581,552.31 telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLAATFPUAA)
2001, manakala empat akaun telah ditutup,” kata Razarudin.
=====================================================================================
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Sultan Ibrahim bertitah baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.
“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah seri paduka baginda kepada Royal Press Office hari ini.
Pada 11 Sept lalu, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan di mana terdapat dakwaan berlaku kes liwat membabitkan penghuni rumah berkenaan.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata polis turut menahan 171 orang dalam operasi yang dijalankan dari jam 6 pagi hingga 11 pagi di rumah amal yang dipercayai dikendalikan GISBH.

Sumber Berita
1. https://www.malaysiakini.com/news/719514
2. https://www.malaysiakini.com/news/719518
3. https://www.malaysiakini.com/news/719522

#kesGISBH #96akaunGISBHdibekukan #malaysia

Join this channel to get access to perks:
   / @oraitnopochannel  

show more

Share/Embed