Agro Jurnal TV1 - Kurma Malaysia, 8 Februari 2015
Syful Tamar Syful Tamar
7K subscribers
133,856 views
734

 Published On Aug 20, 2015

Terima kasih kepada sekalian anda yang menonton "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal, TV1 pada jam 6.00 petang, 8 Februari 2015 tempoh hari. Sangat positif sambutan dan respon balas para penonton atas dokumentari terbitan RTM tersebut.

Kami hanyalah Hang Kebun marhaen, yang tidak punyai apa-apa. Namun garapan teliti dan 'awesome' oleh pihak penerbitan Agro Jurnal telah menonjolkan seri dan seni perkongsian info oleh kami tentang Pepohon Tamar, sekaligus mengangkat kami ke tahap berbeza sama sekali berbanding sebelum ini. :-)

Kami tak sempat pun menonton sampai habis pada masa itu. Tidak tahu apa pertengahan dan bagaimana penamatnya. Sebabnya saling bekerjasama menyambut masuk panggilan telefon para responden. Jam 11.30 malam pada hari tersebut baru berhenti, termasuk penyantunan responden melalui sms, WhatsApp dan FB. Itupun sebab baik punya tertidur. ;-)

Tahniah kepada penerbit, Puan Aida dan penulis skrip, Puan Julie Jamaluddin serta krew penerbitan yang berkomitmen tinggi. Tahniah delegasi Syful Tamar keseluruhannya, samada yang terbabit secara langsung dalam penggambaran mahupun bertindak sebagai pemudahcara di belakang tabir.

Tak ketinggalan juga penghargaan tahniah dan terima kasih buat penonton serta responden yang prihatin terhadap kepakaran serta perkhidmatan kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. :-)

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kita boleh saling berhubung melalui FB Page POKOK KURMA 'Made In Malaysia' atau WhatsApp 0195709334.

show more

Share/Embed