Doa Solat Tahajjud yang Lengkap
nuriman channel nuriman channel
42.4K subscribers
414,412 views
2.1K

 Published On Mar 3, 2022

#himpunandoa #doatahajud #sembahyangmalam #tahajud

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Lafaz Niat : اُصَلِّى سُنَّةً التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ ِللهِ تَعَالَى
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Ini kerana ada banyak kelebihan dan fadilat solat tahajud yang bukan calang-calang. Antaranya:
1. Mendapatkan pengawasan ALLAH SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan pada wajah.
2. Dikasihi para ahli ibadah dan orang-orang Mukmin.
3. Percakapan individu tersebut mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar kelak.
5. Dipermudahkan hijab ke atasnya.
6. Senang melalui titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
8. Jauh daripada kebinasaan
Subhanallah, begitu besar kelebihan yang bakal diperoleh kepada mereka yang mengerjakan solat tahajud ini.

#doasesudahsolatsunattahajud
#doasetelahsolatsunattahajud
#doa
#doasunattahajud
#doamalam
#doakamilin
#doasemogadiampunkanAllah
#doamalambulanramdhan
#doamalambulanpuasa

show more

Share/Embed