telur ikan mayong sedap buat gulai/kari atau asam pedas? tips hilangkan hanyir & telur tak pecah
Malina Lina Pg Malina Lina Pg
226K subscribers
9,366 views
0

 Published On Dec 13, 2022

#telurikanmayong #telurikanduri #telurikanpelotan
#gulaitelurikanmayong #gulaitelur

resepi gulai telur ikan mayong/ikan duri/ikan pelotan dan tips hilangkan hanyir telur dan telur masak cantik tidak pecah
   • telur ikan mayong sedap buat gulai/ka...  
resepi gula telur ikan mayong
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
telur ikan mayong
air
asam keping/asam jawa

Tips hilangkan hanyir
Rendam telur ikan mayong ke dalam air berisi asam jawa atau pun asam keping.Rendam selama 30min.Kemudian bilas dan cuci bersih.

bahan B
Hirisan halia
Serai
garam
Asam keping (linapg guna asam keping yang rendam tu, kalau nak skip pun tak apa)
air secukupnya

Cara-Cara
Satukan semua bahan ke dalam periuk dan tunggu hingga air mendidih.
Masukkan telur ikan mayong.Rebus/celur sekejap.
Angkat dan toskan.Bilas dan cuci bersih.ketepikan sebentar.
Note:
Tips supaya telur ikan mayong cantik sebiji-sebiji dan tidak hancur

bahan C (untuk gulai)
5 ulas bawang merah (kisar)*
2 ulas bawang putih (kisar)*
1 paket kecil rempah kari ikan*
5 ulas bawang merah (hiris/mayang)
2 ulas bawang putih (hiris/mayang)
1/2 cm halia (hiris/mayang)
sedikit halba campur
daun kari
1 asam keping
garam dan perasa
300ml santan
Air secukupnya
sayur bendi
cili padi merah dan hijau
minyak

Cara-Cara
Satukan bahan bertanda * iaitu bawang merah,bawang putih kisar bersama serbuk kari dan bancuh bersama sedikit air menjadi pes kari yang pekat.Ketepikan sebentar.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih, halia, halba campur, dan daun kari.Tumis hingga garing dan masukkan bancuhan serbuk kari+bawang.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan asam keping, garam dan perasa.kacau sebentar.
Kemudian masukkan santan, kemudian masukkan air secukupnya (bergantung kepekatan kuah yang disukai).Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan telur ikan mayong yang telah direbus tadi dan bendi.Tutup periuk dan biarkan bendi lembut sedikit.
Tempoh memasak telur ikan mayong bergantung selera masing-masing kalau suka yang betul-betul masak, masak lama sedikit.Saya suka yang lembut meletup-letup masa makan, saya lemak-lemak gitu.
Akhir sekali masukkan cili padi merah dan hijau untuk hiasan.Tutup api dan gulai ikan mayong sedia dihidang.Selamat mencuba.

#malinalinapg #linapgteratakmutiarakasih #resepilinapg #youtubelinapg #resepisimple#resipemudah #carabuat #macammananakbuat #caramasak #resepmudah #resepenakgampang #easyrecipe #resepisedapmudah #resepimudahdansedap #howtocook #howtomake #carasenangmasak #resepimudahdansedap #tipsmemasak #petuadapur #resep #resepi #masak #jommasak #foodchannel #cooking #allaboutfood #masakapasedap #nakmasakapa #ideamemasak #cookery #cookingshow

Please Subscribe My YouTube Channel
   / malinalinapg  
Full Recipe visit my blog
https://linapg.blogspot.my/

Follow My IG
  / malina_lina.  .

FB Pages
  / teratakmutia.  .

For business inquiry/Advertorial/Sponsorship/Event contact us via email
[email protected]

how to
how to make
how to cook
recipe
cara memasak
cara masak
cara buat
cara membuat
resepi
resipi
resep
kuih melayu
kuih tradisional
kuih muih
resepi lauk pauk melayu
kuih warisan
youtuber masakan malaysia
cooking channel
cooking tutorial
cooking show

show more

Share/Embed