DIY BUAT SENDIRI LANTAI TANDAS DENGAN MENGGUNAKAN FLAKE COATING
pemburu awan pemburu awan
1.6K subscribers
34,132 views
247

 Published On Dec 23, 2021

Fungsi dan kelebihan memasang Flake Epoxy Coating : -

1. Cantik
2. Selesaikan masalah lantai yang leaking
3. Tidak licin
4. Jimat x perlu ketuk buang mozek lama
5. Kalis air
6. Cepat dalam 1 hari siap
7. Boleh buat design atau corak kesukaan anda
8. Murah berbanding pasang mozek baru

Bagi mereka yang berada dalam bidang pembinaan dan kontraktor serta sudah tahu apa itu epoxy
, sudah tentu mereka telah sedar akan kewujudan Epoxy Coatings System (sistem salutan epoxy) yang terkini, iaitu kaedah

Epoxy Flake Coating
.
Kaedah ini menggunakan campuran
epoxy
berserta dengan colour flakes (empingan warna).
Kaedah ini sudah semakin popular dan menyebabkan semakin banyak permintaan daripada pelanggan. Sama ada mereka ingin memperbaharui permukaan lantai bilik air/tandas mereka atau ingin mengatasi masalah bilik air/tandas bocor.
Selain daripada Epoxy Flake Coating, pelbagai nama lagi para kontraktor dan syarikat jenamakan bagi menggambarkan kaedah atau sistem salutan epoxy mereka yang tersendiri.
Ada yang memberi jenama
Epoxy Colour Coating
,
Epoxy Flake System
,
Epoxy Waterproofing Flake Coating
,
Epoxy Waterproofing Floor
,
Epoxy Refinishing Floor
dan lain-lain. Semuanya merujuk kepada sistem yang sama iaitu Epoxy Flake Coating.

show more

Share/Embed