Sinergi Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor
Zakat Selangor TV Zakat Selangor TV
15.2K subscribers
178 views
10

 Published On Jul 30, 2024

Sinergi Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bersama Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi dan Majlis Agama Islam Johor

Satu program berteraskan semangat ukhuwah dan memberikan khidmat terbaik buat para mustahiq telah berlangsung selama 3 hari.

Sesi ziarah perkenalan dan berkongsi idea gerak kerja agihan antara Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah berjaya dilaksanakan.

Program sinergi ini membawa objektif utama iaitu perkongsian gerak kerja agihan secara khusus dalam mengenal pasti kelayakan asnaf fakir, miskin dan asnaf yang lain serta kaedah penyaluran bantuan yang bersesuaian bagi menyantuni mereka yang memerlukan khususnya di peringkat negeri masing - masing.

Oleh kerana SSU Zakat Selangor juga berfungsi menguruskan kes - kes melibatkan warga negeri lain yang berhijrah ke Selangor dan berkemungkinan ditimpa musibah terkandas dan sebagainya, dapat disantuni menerusi kerjasama yang baik antara institusi pengurusan zakat di Malaysia.

Berbagai usaha kian giat dilaksanakan kini menerusi institusi pengurusan zakat negeri - negeri dalam memberikan khidmat yang terbaik buat mustahiq di dalam negeri masing - masing.

Teruskan berzakat di negeri tempat kita mencari rezeki. Zakat anda sangat bermakna buat mustahiq.

show more

Share/Embed