Bandar Seri Putra, Kajang & Universiti Islam Selangor (UIS / KUIS) (2k)
Fawwaz Media Fawwaz Media
27K subscribers
1,440 views
34

 Published On Jan 5, 2023

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dinaik taraf kepada Universiti Islam Selangor (UIS) setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 Oktober 2022.

UIS yang dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS); pernah dikenali sebagai: Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.[1]

Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan teknokrat Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam.

Selain itu juga, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

------------------------

Bandar Seri Putra merupakan perbandaran baharu di daerah Hulu Langat, Selangor. Dihubungkan terus melalui persimpangan Putra Mahkota ke Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban, perjalanan ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur dari persimpangan ini hanya memakan masa 30 minit.

Perbandaran yang hampir lengkap ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 lagi oleh Bangi Heights Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land Berhad. Terletak di atas kawasan seluas 898 ekar yang pada asalnya kawasan ladang kelapa sawit sebelum di majukan peringkat demi peringkat dengan pelbagai projek perumahan dan perniagaan.

Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Bandar Seri Putra sebagai kediaman mereka yang paling ideal.

Perbandaran lain yang berhampiran ialah Bukit Mahkota di sebelah selatan, Bandar Baru Bangi di sebelah utara, Wilayah Persekutuan Putrajaya di sebelah barat dan KLIA Sepang serta Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di sebelah barat dayanya.

Antara tarikah utama orang luar ke kawasan ini adalah Universiti Islam Selangor (UIS) nama baharu bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Taman Tema Air Bangi Wonderland.

#seriputra #uis #kuis #selangor #malaysia #fawwazmedia
-------------
Now We Ride by Alexander Nakarada | https://www.serpentsoundstudios.com
Music promoted by https://www.free-stock-music.com
Attribution 4.0 International (CC BY 4.0)
https://creativecommons.org/licenses/...

show more

Share/Embed