5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
118,402 views
0

 Published On May 21, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Berdandan
Bing dan Coco sedang bermain kostum dan masing-masing bergilir memilih satu barang. Coco memilih menjadi Puteri Cococapono, dan Bing pula ingin jadi Bing Raja Singa Berkuasa Ajaib. Tetapi cuma ada satu sahaja mahkota dan mereka berdua memerlukannya untuk melengkapkan pakaian mereka. Apakah yang berlaku apabila Bing dan Coco bergaduh berebut mahkota sehingga patah?

06:23 Kolam Randuk
Bing, Sula dan Flop hendak pergi ke kolam renang untuk berkelah dan mereka ada semua benda yang mereka perlukan. Bing ada gogalnya, Sula ada bola pantai dan Flop pula ada barang-barang berkelah. Tetapi, apabila mereka sampai di sana, kolam renang tiada air pula di dalamnya! Sula rasa tidak seronok tetapi mereka kemudiannya sedar yang mereka boleh buat banyak benda lain yang selalunya mereka tak dapat buat ketika kolam tersebut ada air!, Malah meraka turut dapat berkelah di dalam kolam!

12:46 Waktu Bercerita
Waktu untuk mandi! Bing mahu Flop membaca buku kesukaannya, iaitu buku bertajuk Hoppity Voosh dan Penjaga Bulan sewaktu dia sedang mandi tetapi nampaknya ‘buku tak begitu suka mandi’ dan menjadi basah sehingga perlu dikeringkan. Bolehkah Bing mengingat kisah dalam buku tersebut dengan baik sehingga dia boleh menceritakannya semula tanpa buku?

19:09 Papan selaju
Bing dan Flop sedang berlari dengan pantas melalui taman apabila Pando 'voosh' melintasi mereka dengan papan selaju! Bing jadi tak sabar untuk cuba jadi Pando bersetuju untuk mengajarnya cara bermain papan selaju. Tetapi apakah yang berlaku apabila Bing sampai ke bukit dan papan selaju meluncur dengan semakin laju?

25:32 Bukan kamu punya
Bing sedang membantu Flop untuk membeli barang di kedai Padget hari ini. Bing membantu mencari kobis, karot dan telur. Dan sewaktu Flop membuat bayaran, Bing merayau-rayau di tepi tingkap kedai dan mengambil lolipop yang terletak di atas rak lalu dimasukkannya ke dalam poket untuk dibawa pulang. Tetapi apakah yang berlaku apabila Flop menjelaskan kepada Bing yang dia telah mencuri Lolipop tersebut.

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed