Ucapan YAB PM ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai (23.06.2024)
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
1,881 views
0

 Published On Jun 25, 2024

Merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di Kuching bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan persekutuan dan negeri.
Terima sambutan yang begitu meriah daripada rakyat Sarawak dan dipertontonkan dengan persembahan-persembahan tradisional yang begitu menarik.
Kagum melihat kemeriahan Gawai yang disambut dengan semangat Segulai Sejalai dan jelas memperlihatkan esprit de corps atau perasaan kekitaan, kesatuan serta perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Sarawak.
Dalam amanat, saya singgung kejayaan Sarawak bangkit dan melonjak menjadi antara gergasi ekonomi di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta keseriusan pemimpin dalam mengangkat martabat negeri dan rakyat.
Sarawak tidak sekadar mencapai kejayaan luar biasa dalam sektor tenaga, malah turut melonjak dalam bidang-bidang baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan sekuriti makanan. Pencapaian ini bukan saja membanggakan negeri, bahkan Malaysia secara keseluruhannya.
Saya percaya Sarawak miliki potensi besar untuk terus melakar kejayaan luar biasa jika dasar ekonomi yang dirangka tidak sekadar mahu mengejar kemajuan negeri-negeri lain, tetapi bermatlamat melangkaui hingga ke tingkat lebih tinggi daripada itu.
Terkait penurunan kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing dunia, saya zahirkan keyakinan situasi ini akan berubah tidak lama lagi selaras kedudukan ringgit yang semakin stabil sejak awal tahun ini, selain dasar fiskal yang lebih berhemah menerusi inisiatif subsidi bersasar.
Di akhir amanat, saya ulangi pendirian dan komitmen Kerajaan MADANI untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan sedia berbincang bagi menyelesaikan apa jua perkara berbangkit berteraskan kepercayaan dan rasa hormat.
Terima kasih sekali lagi atas sambutan Gawai yang luar biasa. Semoga ketemu lagi, Insya-Allah.
Siramat Onu Gawea Dayak!

show more

Share/Embed