Kisah kami mendaki Gunung Berembun n9 yg sangat.....
Geng Kunyit Geng Kunyit
23 subscribers
1,669 views
26

 Published On Aug 20, 2020

LIMA KISAH GUNUNG YANG POPULAR DI MALAYSIA, KEBANYAKAN CERITA BERKAITAN HAL MISTIK
.
Umum mengetahui bahawa Malaysia terkenal dengan keindahan gunung-gunung yang terdapat di dalamnya. Malah, gunung tertinggi di Asia Tenggara juga terletak di negara Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Selain itu, Gunung Kinabalu juga adalah merupakan gunung ke-20 yang tertinggi di Asia. Tapi, korang tahu tak ada beberapa kisah misteri yang berkaitan dengan gunung tersebut yang ramai tak tahu? Kali ini kami akan kongsikan kepada korang tentang lima gunung dengan kisah misteri yang terdapat di Malaysia.
.
1. Gunung Berembun, gunung yang dipercayai mempunyai misteri bunian
Gunung Berembun merupakan gunung yang terletak di Negeri Sembilan dan mempunyai ketinggian setinggi 2,078 meter. Disebabkan flora dan fauna yang cantik, gunung ini sering menjadi tumpuan para pendaki dan juga para pelancong dari dalam dalam luar negara.Kisah misteri Gunung Berembun dikaitkan dengan misteri kehilangan seorang pelancong yang bernama Nora Anne yang datang bercuti di kawasan tersebut bersama keluarganya. Selepas tu, dia telah hilang untuk beberapa hari dan hanya pada hari kesepuluh barulah Nora Anne ditemui. Malangnya, dia telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia di kawasan hutan Gunung Berembun. Apa yang pelik dan misteri, bagaimana anak gadis yang pada waktu itu sedang tidur boleh berada sejauh 2 kilometer dari kawasan resortnya?Ada segelintir individu yang mempercayai bahawa kejadian tersebut berlaku disebabkan Nora Anne adalah seorang kanak-kanak istimewa dan berkemungkinan dia sendiri yang keluar daripada rumah dan pergi merayau-rayau di dalam hutan sehingga tersesat.

Namun begitu, ada juga (mitos) yang kata golongan bunian di sekeliling kawasan gunung tu kerana semasa mayat Nora Anne ditemui, posisi Nora Anne adalah sama seperti ketika dia sedang tidur di dalam resort yang mana seakan-akan seperti ada sebuah kuasa yang telah mengangkatnya dan dialihkan jauh ke dalam hutan. Misteri bukan? Selain itu, masyarakat tempatan juga mempercayai bahawa Gunung Berembun mempunyai penunggunya yang tersendiri iaitu dari golongan bunian. Namun, sehingga kini kisah Nora Anne masih lagi kekal misteri.
.
Jika diimbas kembali, kisah kehilangan Nora Anne kira-kira jam 8 pagi 4 Ogos lalu itu menjadi tular dalam sekelip mata dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Bayangkan bukan hanya pihak berkuasa serta orang tempatan sahaja yang berusaha mencarinya, bahkan polis dari tiga negara iaitu England, Ireland dan Perancis telah datang ke negara ini bagi membantu dalam aspek siasatan kehilangan gadis istimewa berkenaan.

Ya, kehilangan itu bukan kehilangan biasa.

Kehilangan itu sukar untuk dijejaki lebih-lebih lagi bila melibatkan anak istimewa dan tentunya lebih mencabar lagi kehilangannya di tempat yang terang-terangan bukanlah tempat untuk keluar bersendirian iaitu sebuah hutan.

Hari pertama kehilangan, khidmat bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah dikerah ke lokasi pencarian.

Tidak cukup dengan itu, hari keduanya, satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut menyertai SAR menjadikan jumlah kekuatan anggota SAR di hari kedua seramai 159 anggota.

Hari kelima pencarian pula (8 Ogos), polis mengambil rakaman suara ibu Nora sebagai alternatif untuk 'mengejutkan' Nora dan rakaman berkenaan dipasang menggunakan pembesar suara semasa operasi SAR.

Hari kelapan pencarian (11 Ogos) pula, polis membuka talian hotline khas bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan Nora.

Hari kesembilan pencarian (12 Ogos), pengamal perubatan Islam dan alternatif tampil menawarkan bantuan mencari Nora.

Pada hari yang sama, ibu Nora turut menawarkan wang ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga berjaya menemui anaknya itu.

Hari kesepuluh pencarian sekumpulan pendaki sukarelawan melakukan pencarian melalui laluan sungai sebelum berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengikut arah kiri dan satu lagi kanan.

JASAD SEPERTI TIDUR

Kumpulan yang mengikuti laluan kiri akhirnya ternampak jasad Nora yang ditemui dalam keadaan mengiring seperti tidur.

Ini kisah pencarian, belum lagi masuk kisah netizen di alam maya. Semasa operasi SAR macam-macam cerita keluar.

Ada yang kata Nora dilarikan bunian, katanya dah masuk alam yang satu lagi. Ada juga yang kata Nora diculik lebih-lebih lagi setelah kisah tawaran ganjaran RM50,000 itu.

Dah jadi jenaka pula bila jasad ditemui, komen tak sensitif muncul di laman sosial bila netizen kongsikan: "Ah sudah terlepas RM50,000."
.

show more

Share/Embed