Ucapan Anwar Ibrahim ketika Merasmikan Menara HASiL Pulau Pinang. (29.06.2024)
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
7,032 views
0

 Published On Jun 29, 2024

Merasmikan Menara HASiL Pulau Pinang. Turut sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta keluarga besar HASiL.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya ternyata berbangga dengan mercu tanda Menara HASiL yang baharu ini. Saya titipkan semangat buat warga HASiL agar pengurusan dan tatakelola pentadbiran mestu terus diutamakan, berkhidmat dengan gigih dan seikhlas hati.

Saya meletakkan harapan yang tinggi buat Warga HASiL terutamanya dalam usaha meningkat serta meluaskan hasil negara. Malaysia masih mempunyai asas cukai yang rendah iaitu sekitar 11.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu jauh lebih rendah ketimbang negara tetangga di rantau yang sama.

Hasil negara adalah terpenting dalam memastikan ianya dapat dinikmati oleh rakyat antaranya peningkatan mutu pendidikan anak-anak kita, perkhidmatan prasarana awam yang lebih baik termasuklah penambahbaikan projek kemudahan rakyat seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Saya percaya dengan kejayaan tahun lalu yang dicapai oleh warga HASiL, semangat dan tekad yang sama juga akan dibawa pada tahun ini bagi mencapai kerjayaan yang membanggakan.

Syabas dan tahniah kepada HASiL!

show more

Share/Embed