RESEPI Cucur Udang Rangup Diluar Lembut Didalam | TIPS Cucur Jadi Kembung Bulat
Dayang Suri Dayang Suri
104K subscribers
121,599 views
0

 Published On Jun 5, 2022

Assalamualaikum hai semua, kalini Dayang nak kongsikan RESEPI CUCUR UDANG yang garing kat luar,lembut dan gebu kat dalam,serta ada TIPS macam mana nak dapatkan cucur udang yang bulat bulat elok dan naik kembung sekata tu, kadang kadang ada orang baru belajar nak buat cucur atau cekodok tak jadi bulat,dia meleper je kan..haa apa kata tengok video sampai habis ye untuk tahu cara dan teknik menghasilkan cucur yang enak dan sedap...

Cucur Udang kucai ni sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Resepi ini juga sesuai digunakan untuk berniaga kerana bahan bahannya mudah didapati dan tak renyah untuk di sediakan,mana tahu boleh tambah pendapatan keluarga kita kan,jangan lupa untuk LIKE, KOMEN, SUBSCRIBE dan SHARE video ini untuk manfaat bersama. Terima Kasih.

Bahan- Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 genggam udang kertas@ udang sayur
3 sk yis segera/ yis kering
2 sk gula pasir
2 sk garam halus
2 sk serbuk kunyit
1 sb cili kisar
8 tangkai daun kucai
1 mangkuk kecil taugeh

TIPS PENTING : Biarkan adunan 10~15minit barunlah digoreng supaya adunan akan naik dan cucur menjadi kembung dan bulat bulat😉

#cucurudang #cucur #cucurudangrangup #resepidayangsuri

show more

Share/Embed