Pungguk Rindukan Bulan | Menggambar - Gurisan & Kolaj | Burung Hantu | Simple Scratch Art
AQ activity AQ activity
4.49K subscribers
17,191 views
230

 Published On Jun 16, 2021

Teknik gurisan atau 'Scratch Art' adalah salah satu teknik untuk menggambar. Ia digunakan untuk menghasilkan lukisan dengan cara mengguris tinta hitam menggunakan alat gurisan (stylus, berus gurisan atau pisau gurisan) pada permukaan sesuatu bahan hingga menampakkan lapisan di bawahnya. Teknik ini hampir sama dengan kaedah melukis dengan pensil putih di atas kertas hitam.
Kolaj adalah teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan pada sesuatu permukaan. Bahan tampalan disusun secara bertindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan. Antara bahan kolaj yang sesuai digunakan ialah kertas, fabrik, bijirin dan bahan terbuang.

Aktiviti ini berpandukan:-
1- Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tahun 5, halaman 50 hingga 57.

Hasil karya oleh Cikgu Norshafila binti Azmi

#psvtahun5unit6
#punggukrindukanbulan
#gurisan&kolaj

show more

Share/Embed