Amanah lapor polis dakwaan kaitkan Ketua Wanita dengan arak
KiniTV KiniTV
2.27M subscribers
11,520 views
100

 Published On Premiered Jul 20, 2024

Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap dua pemilik akaun Facebook yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu.

Pengarah Biro Komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, laporan itu berkaitan dua paparan iaitu gambar Aiman Athirah bersebelahan sebuah tin minuman keras yang telah ditukarkan logonya kepada logo Amanah.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Ahad.

Sumber video: https://www.facebook.com/share/v/Kiyv...

show more

Share/Embed