Rangkuman Majlis Kemuncak Dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
1,053 views
0

 Published On Jul 1, 2024

Apakala menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 hari ini, saya lambung cabaran kepada generasi muda supaya membuat ‘pecutan’ dengan meneroka ilmu tinggi baharu dalam era pascanormal yang menuntut tindakan dan kerja yang berbeza.

Marcapada dan perubahan teknologi berlaku terlalu pantas yang menuntut semua pihak khususnya para pelajar untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Kesempatan yang ada juga, saya umumkan bahawa Kerajaan memberi jaminan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.

Walhasil, keputusan itu tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.

Perincian mengenai keputusan itu akan dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek esok.

===========

When closing the Summit and Closing Ceremony of the National Training Week (NTW) 2024 today, I challenged the young generation to make a ‘need for speed' by exploring new higher knowledge in the post-normal era that demands different actions and work.

The world moves too fast which demands all parties, especially students, to get training in various fields to improve their respective skills.

#MalaysiaMADANI

show more

Share/Embed