Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Libat Urus Belanjawan 2025
JASON Update JASON Update
170K subscribers
3,593 views
0

 Published On Jul 9, 2024

Intipati Ucapan YAB PM - Majlis Libat Urus Belanjawan 2025

1. Tahun lalu, Kerajaan telah meluncurkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai landasan utama memperbetul masalah struktural ekonomi negara.

2. Ekonomi MADANI yang diperkenalkan adalah sebuah perencanaan serta wadah baharu bagi mengangkat semula darjat, martabat dan harakat negara ini.

3. Ekonomi MADANI tentang usaha menaikkan siling. Ia berkisar ikhtiar menstruktur semula asas ekonomi bagi memacu pertumbuhan, melonjak pelaburan, memperkukuh industri tempatan supaya lebih berdaya cipta dan berdaya saing. Akhirnya, yang kita inginkan adalah untuk mengangkat negara ini kembali sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia.

4. Ekonomi MADANI juga soal menaikkan lantai. Kita mahu meningkatkan darjat kesejahteraan hidup rakyat. Ini merangkumi keperluan perlindungan sosial untuk semua, pekerjaan dengan gaji bermakna serta perkongsian kekayaan bagi membina sebuah masyarakat yang lebih saksama.

5. Menyambut perencanaan Ekonomi MADANI, beberapa dasar utama turut diluncurkan. Ini termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke12 dan Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS).

6. Hari ini, diskusi kita tentunya terarah kepada Belanjawan MADANI Ketiga (2025) sebagai kesinambungan usaha menzahirkan hasrat Ekonomi MADANI.

7. Antara pencapaian awal termasuk:

• Pertama, S&P Global Ratings (S&P) dan Fitch Ratings (Fitch) telah mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia masing-masing pada A- dan BBB+, dengan tinjauan “Stabil”.

• Kedua, pertumbuhan KDNK bagi suku pertama 2024 sebanyak 4.2 peratus, berbanding suku keempat 2023 sebanyak 3 peratus.

• Ketiga, pemulihan eksport barangan dengan pertumbuhan 5.2% pada suku pertama 2024 berbanding penguncupan 8.1% untuk tahun 2023.

• Keempat, kita telah mencapai paras indeks Bursa FBM KLCI melepasi 1,600 mata dan nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trilion, dan

• Kelima, pencapaian tertinggi dengan pelaburan langsung yang diluluskan tahun 2023 sebanyak RM329.5 bilion atau 23% lebih tinggi ketimbang tahun 2022.

show more

Share/Embed