Trivia: Tajul & Beby Acha | Famili Duo (2021)
TV3MALAYSIA Official TV3MALAYSIA Official
5.59M subscribers
73,294 views
974

 Published On Feb 14, 2021

Famili Duo, rancangan hiburan terbaharu TV3, bakal menyerikan Ahad anda bermula jam 9 malam ini. Seramai 40 pasangan selebriti popular tanahair akan bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Setiap minggu, 5 pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan akan bertanding. Mereka perlu melengkapkan 2 pusingan iaitu satu 'cover song' dan satu nyanyian di pentas. Untuk pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur akan menentukan ‘cover song’ untuk dihasilkan menjadi video muzik. Lagu tersebut akan diberi nafas baharu dan dirakamkan di studio. Di pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda berpeluang memilih lagu untuk dipersembahkan di atas pentas.

Permarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri yang terdiri daripada Didie Alias dan Mark Adam, dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai. Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad.

Minggu ini, 5 pasangan selebriti yang akan bersaing termasuk Amira Othman & Irfan Haris, Syafie Naswip & Sapawi, Yamani Abdullah & Zaki Yamani, Tajul & Awis serta Naim Daniel & Emylia Izzati.

Jangan terlepas Famili Duo di TV3 bermula jam 9 malam nanti. Anda juga boleh strim langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.

show more

Share/Embed