TAMAN RAHSIA DALAM GUA
MOHD ZAIDI JUNUS MOHD ZAIDI JUNUS
1.8K subscribers
34 views
0

 Published On Mar 4, 2024

“SECRET GARDEN, TAMAN TERSEMBUNYI”
Unik !!! Ada taman dalam gua, selepas berjalan meneroka gua batu kapur yang dilingkari hutan belantara akan berjumpa dengan taman bunga indah dengan sungai jernih nampak ikan berenang didalamnya.
Itulah keunikan Taman Rahsia Perlis atau Secret Garden di Gua Kelam di Perlis.
Gua Kelam dahulunya terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang menghasilkan bijih bermutu tinggi. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap yang diberikan namanya oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua tersebut.
Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter dan terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit, kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis. Terowong inilah yang menjadi antara tarikan pengunjung untuk meneroka Gua Kelam.

#secretgarden #hiddengem #tamantersembunyi #tamandalamgua #guakelam #perlis #tempatmenarikperlis

show more

Share/Embed