Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan Kampung Angkat MADANI, Kuantan (06.07.2024)
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
15,434 views
0

 Published On Jul 6, 2024

Meluncurkan Kampung Angkat MADANI peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Dalam ucapan saya tegaskan bahawa kewujudan Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan.
Saya juga jelaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak menafikan peranan setiap wakil rakyat atau ketua kampung bagi membantu masyarakat sebaliknya ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek serta mencapai objektif yang disasarkan.
Semoga inisiatif Kampung Angkat MADANI ini dapat membuka limpahan kekayaan kepada rakyat keseluruhannya.
Ia juga boleh menjadi iktibar kepada Kerajaan untuk memahami keperluan rakyat sejagat sebelum diperluaskan bantuan serupa kepada lebih banyak kampung di Malaysia.

show more

Share/Embed