Sultan Mahmood Mangkat DiJulang (1961) Filem Malayu Klasik (6)
CLASSIC malay Film CLASSIC malay Film
11.7K subscribers
122,018 views
0

 Published On Jul 18, 2017

Filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang merupakan sebuah filem Malayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1961. Filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang diarah oleh pengarah K.M. Basker pada 1961.

Mengisahkan mengenai Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan (Nordin Ahmad) yang berjaya menumpaskan sekumpulan lanun dan menyelamatkan Wan Anum (Maria Menado). Baginda Sultan Mahmud Shah II (M. Amin) amat gembira atas kejayaan Megat dan dinaikkan pangkat kepada Datuk Laksamana.

Tun Bija Ali (Mahmud June), seorang pembesar istana tidak berpuas hati dengan perlantikan itu lebih-lebih lagi apabila Datuk Laksamana Megat mengahwini Wan Anum.

Pada suatu hari, salah seorang pembesar istana yang baru pulang dari kebun diraja telah lalu dihadapan rumah Datuk Megat dan bertembung dengan Wan Anum yang ketika itu sedang hamil. Kerana mengidamkan nangka, beliau meminta seulas nangka dan pembesar itu memberikannya dengan perasaan serba salah.

Kehilangan seulas nangka itu akhirnya telah diketahui oleh Sultan Mahmud II dan kemurkaan baginda bertambah apabila Tun Bija Ali mengapi-apikan baginda agar Wan Anum dibelah perutnya bagi membuktikan bahawa anak dalam kandungannya mengidamkan nangka itu sekaligus menyebabkan kedua beranak itu meninggal dunia.

Kematian Wan Anum itu diketahui oleh Datuk Megat lalu berlakulah pelbagai peristiwa yang akhirnya membuatkan Datuk Megat membunuh Sultan Mahmud Shah II.

DIBINTANGI:

Maria Menado sebagai Wan Anum
Nordin Ahmad sebagai Laksamana Megat Seri Rama
M. Amin sebagai Sultan Mahmud Shah II
Mahmud June sebagai Tun Bija Ali
Mustapha Maarof sebagai Tun Aman
Siput Sarawak
Wahid Satay

show more

Share/Embed