SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBINAAN ASRAMA MUALAF IDIP-KB
PERKIM Kebangsaan TV PERKIM Kebangsaan TV
8.27K subscribers
15,855 views
0

 Published On Mar 18, 2024

Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) telah diasaskan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia pada tahun 1961. Institusi tersebut telah melahirkan ribuan pendakwah di kalangan mualaf antaranya ikon mualaf iaitu Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), YBhg Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.

Memandangkan bangunan Asrama Muslimin IDIP yang berusia hampir 50 tahun digunakan telah usang dan tidak selamat diduduki, PERKIM Kebangsaan mengambil inisiatif untuk membina semula Asrama Muslimin IDIP termasuk surau dan dewan serbaguna yang baharu.

Kami masih perlukan rakyat Malaysia untuk terus membantu demi membangunkan asrama mualaf lelaki yang akan melahirkan ramai agamawan dan pendakwah di kalangan mualaf di tanah air kita.

Kos pembinaan asrama mualaf lelaki menelan belanja sebanyak RM7 juta dan boleh memuatkan seramai 200 pelajar dalam satu-satu masa. Para dermawan yang ingin menyumbang bolehlah mengimbas kod QR seperti di bawah atau memindahkan sumbangan ke akaun: Affin Bank (PERKIM: TABUNG KEBAJIKAN AMANAH TUNKU) bernombor : 105020002268

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Untuk sumbangan sila klik pautan ini : https://www.perkim.net.my/idipkotabharu/

Laman Facebook Rasmi IDIP Kota Bharu : https://www.facebook.com/profile.php?...

Warta kerajaan no.167 bertarikh 20/1/72. Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. No Rujukan 1609.

Bagi sesiapa yang ingin mendapat pengecualian cukai (tax exemption) LHDN, sila kemukakan resit pembayaran dan butir-butir peribadi kepada PERKIM ke alamat email : [email protected]

Terima kasih kepada para penyumbang. Jumlah kutipan Sumbangan terkini berjumlah RM69, 924

show more

Share/Embed