Transaksi Perkukuh Pegangan Kerajaan Dalam MAHB, Tiada Campur Tangan BlackRock- Dewan Rakyat
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
662 views
0

 Published On Jun 24, 2024

Hadir ke Dewan Rakyat pagi ini untuk Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dan menjawab soalan berkenaan isu saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dikaitkan dengan firma BlackRock.

Saya tegaskan tidak timbul isu kononnya lapangan terbang negara dijual kepada syarikat asing, sebaliknya transaksi ini akan meningkatkan penguasaan Kerajaan dalam MAHB tatkala pegangan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lantas meningkat kepada 70 peratus ketimbang pada hanya 41 peratus sebelum ini.

Baki 30 peratus pegangan di bawah konsortium ini pula akan dimiliki oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP. GIP antara lain dipilih kerana syarikat ini akur dengan kriteria ketat yang ditetapkan oleh Khazanah, iaitu pengurusan MAHB mesti diketuai oleh rakyat Malaysia dan pegangan majoriti kekal pada Kerajaan.

Saya turut singgung pendirian pembangkang terhadap BlackRock yang tidak konsisten dan berubah-ubah kerana saat berada dalam Kerajaan pada 2021, mereka ternyata tidak punyai masalah untuk memilih BlackRock untuk menjadi antara pengurus dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) bagi pelaburan KWSP patuh Syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion). Malah, saya turut bersetuju dengan tindakan tersebut kerana memahami sebab-sebabnya yang kukuh. Ini masalahnya bila kita mahu jadi lebih Hamas dari Hamas itu sendiri.

Justeru, apa yang mustahak adalah urusan ini tidak sama sekali menjejaskan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat Palestin di Gaza, seperti mana yang telah kita suarakan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat.

#MalaysiaMADANI

show more

Share/Embed