Kek Susu Coklat Cip Sedap | Tunjuk Acuan Sukatan Cawan Saya Guna
CikZaara Akmal CikZaara Akmal
39K subscribers
11,693 views
326

 Published On Jul 6, 2020

KEK SUSU CHOCOLATE CHIP

👉👉Bahan² diperlukan
*3 biji telur
* 1/2 cawan gula perang/gula kastor
* 1 cawan tepung naik sendiri
* 1/3 cawan mentega
* 1 1/2 susu besar susu tepung
* 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
* 1 1/2 susu cair / susu full cream
* 1 susu kecik ovallete
* 1 susu kecil esen vanilla
* Pewarna
* Chocolate cip


🌼🌼Cara menyediakan

✔️Cairkan 1/3 cawan mentega. Kemudian biarkan sehingga sejuk.

✔️Pukul semua bahan kecuali mentega. Pukul sehingga kembang dan menjadi putih pucat.

✔️Bila adunan dah kembang masukkan mentega yang dah di cairkan. Gaul sehingga sebati.

✔️Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian. sebab kita nak masukkan pewarna untuk corakkan kek.

✔️Bekas 1 dan bekas 2 masukkan 2-3 sudu adunan sahaja.

✔️Kemudian masukkan pewarna dalam bekas 1 dan bekas 2.. dan kacau sehingga sebati.

✔️Adunan selebihnya masukkan 2 susu chocolate chip dan kacau hingga rata.

✔️Kemudian oles loyang dengan mentega dan lapik baking paper.

✔️Tuang adunan yang ada chocolate chip dalam loyang. Selepas itu, tuang adunan yang ada pewarna pula untuk dijadikan corak.

✔️Seterusnya lorek bahagian atas kek dengan lidi untuk dapatkan corak yang cantik.

✔️Panaskan oven dan bakar kek selama 40-45 minit. Bakar dengan suhu 150° api atas dan bawah (ikut kesesuaian oven masing²)


#KekSusuChocolateChip #ResepiKekSusuChocolateChip
#CikZaaraAkmal

show more

Share/Embed