5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
70,993 views
0

 Published On Apr 15, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Memberi
Di Kedai Padget, Flop dan Padget sedang membantu Bing untuk memilih hadiah yang paling sesuai untuk harijadi Sula. Bing suka trak tetapi dia tahu yang Sula suka barang-barang berkilau. Padget kemudian mengeluarkan tongkat berputar berkilau, yang memang sesuai sangat dengan Sula! Bing sukakan tongkat itu juga dan dia mahu bermain sendiri sebelum pergi ke rumah Sula untuk menyambut hari jadinya. Adakah Bing akan dapat melihat betapa gembiranya Sula dengan hadiah darinya?

06:23 Ucapkan Selamat Tinggal
Bing dan Sula tidak mahu saling mengucapkan selamat tinggal apabila Amma tiba untuk membawa Sula pulang, jadi mereka putuskan untuk sembunyikan kasut berkilau Sula supaya dia tidak dapat pulang. Bing telah sembunyikan salah satu kasut Sula di dalam mangkuk tandas sehingga basah kuyup, dan ini telah buat Sula jadi marah sehingga dia ubah perkataan ‘selamat tinggal’ menjadi ‘tak selamat tinggal’. Dapatkah Bing mencari jalan untuk mengubah perkataan ‘tak selamat tinggal’ kembali kepada ‘selamat tinggal’.

12:46 Pertunjukan
Bing dan rakan-rakannya berada di pentas pertunjukan di taman apabila mereka memutuskan untuk buat satu pertunjukan! Coco akan menari balet, Pando akan bernyanyi, Sula akan buat akrobatik, dan Bing pula akan membuat persembahan terakhir! Tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing berdiri di atas pentas dan berasa tidak selesa apabila semua orang memandang kepadanya?

19:09 But Besar
Dush Dush Dush! Bing dan Sula adalah gergasi! Mereka berada di taman sambil membuat percikan lopak dengan but hujan besar mereka dan sewaktu mereka bermain, mereka akan mencari lopak yang lebih besar dan lebih besar. Bing terjumpa satu lopak yang sangat besar lalu melompat masuk ke dalamnya tetapi dia tergelincir pula ke dalam lumpur dan seluruh badannya menjadi basah. Dia tidak suka menjadi basah kuyup dan berlumpur tetapi nasib baik Amma datang menyelamatkannya dengan mandian air panas dan bagel karot.

25:32 Kasut Berloceng
Hari ini Bing bermain dengan Coco dan Charlie dan mereka sedang menari! Charlie berdiri dan cuba berjalan sendiri dan dengan bantuan kasut bayi berloceng Bing, dia dapat mengambil beberapa langkah pertamanya! Tetapi apakah perasaan Bing apabila Coco cadangkan supaya Charlie simpan kasut itu?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed