Indonesia henti sementara TKI ke Malaysia kerana mendakwa Malaysia langgar MoU
Berita Semasa Berita Semasa
11.3K subscribers
2,667 views
0

 Published On Jul 16, 2022

Menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono pembekuan pekerja itu dikenakan selepas pihak berkuasa imigresen Malaysia terus menggunakan sistem pengambilan dalam talian untuk pembantu rumah yang dikaitkan dengan dakwaan pemerdagangan dan buruh paksa.

Operasi berterusan sistem itu melanggar syarat perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia pada April, bertujuan untuk meningkatkan perlindungan pekerja domestik, kata Hermono.

Pada 1 April, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Ida Fauziyah menandatangani MOU di Jakarta mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Indonesia.

Mengikut perjanjian itu, pengambilan pekerja dari Indonesia hanya dilakukan melalui Sistem Satu Saluran (OCS).

#indonesiamalaysia #tki #pekerjaindonesia #mou #malaysia #indonesia #pekerjaasing #tkidimalaysia #hermono

show more

Share/Embed