Bacaan Tahlil & Doa Arwah Ibu Bapa تهليل دان دعا ارواح
afnizami smail afnizami smail
210K subscribers
420,257 views
0

 Published On Dec 21, 2018

✔Terdapat beberapa nashush fiqhiyyah dari beberapa mazhab, tentang mengadakan Tahlil Arwah:
✔Ulama berbeza pendapat dalam bab menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada arwah , Ada yang mengharuskan dan ada pula yang tidak mengharuskan.
1) Golongan yang mengharuskannya adalah terdiri dari kalangan Ulama mazhab Hanafi dan Hanbali.Mereka berpendapat bahawa sebarang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt , pahala amalan tersebut boleh dsedekah/dihadiahkan kepada orang lain yang telah mati. [Al-Mughni , jilid 2 ms 567]
Dikalangan ulama masa kini yang berpegang kepada pendapat bahawa pahala dari amalan membaca al-quran boleh disedekah / disampaikan kepada si mati ialah As-Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf , Asy-Syaikh Mutawalli Asy-Sya’rawi , Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily , Asy-Syaikh Abu bakar AL-Jazairi , Asy-Syaikh Sayyid Sabiq , As-Syaikh Muhammad Abdullah Al-Khatib dan ramai lagi.

MAZHAB HANAFI
Usman bin Ali Az-Zaila’i dalam kitabnya ‘Kanzu Daqaiq’ menjelaskan dalam bab alhajju ‘an ghairihi: "Pada dasarnya, manusia memiliki hak untuk memindahkan pahala perbuatannya kepada orang lain. Sebagaimana diakui oleh penganut ahli sunnah wal jama’ah, samada ianya solat, puasa, haji, sedekah, bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya. Pendeknya, semua bentuk amal kebajikan. Dan seluruh pahalanya akan sampai kepada si mati bahkan dapat memberi manafaat kepada si mati".
Pendapat ini juga telah dipersetujui oleh Imam Al-Marginani pada awal bab al-hajju ‘anilghair (menghajikan orang lain).

MAZHAB HANBALI
Imam Ibnu Qudamah telah berkata: "Segala bentuk perbuatan yang dapat mendatangkan pahala dan diniatkan untuk mayat muslim, insya Allah dapat ia merasai hasilnya. Apalagi doa, istighfar, sedekah dan hal-hal wajib yang memang harus ditunaikan. Para ulamak bersepakat bahawa manfaatnya akan diperolehi oleh si mati"
Pendapat ini juga telah dikukuhkan oleh Syaikhul Islam Taqiyuddin Muhammad bin Ahmad Al-Fatuhi dan Syaikh Mansur Al-Bahuti

2) Bagi golongan yang tidak mengharuskannya pula ialah terdiri dari kalangan Ulama2 Mazhab As-Syafie dan Maliki. Golongan ini meletakkan perbezaan diantara ibadah yang boleh digantikan dengan orang lain yang mana pahalanya boleh dihadiahkan kepada simati dan ibadah yang tidak boleh digantikan dengan orang lain yang pahalanya tidak boleh dihadiahkan kepada si mati. [Al-Azkar , Imam Nawawi , Hasiyah Ad-Dusuki] (pendapat yang dipegang).

MAZHAB SYAFI'I
Imam Nawawi berkata: "Disunnahkan bagi orang yang menziarahi kubur untuk menyalami penduduk kubur yang diziarahi dan mendoakan mereka. Lebih afdhal lagi bila doa yang dibaca sesuai dengan yang pernah dibaca Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Demikian juga, disunahkan membaca Al-Quran untuk penghuni kubur, lalu disambung langsung dengan bacaan doa bagi keselamatan mereka."

MAZHAB MALIKI
Al-Qadhi ‘Iyadh ketika menjelaskan hadits riwayat Imam Muslim yang berbunyi: "Mudah-mudahan kedua pelepah Tamar ini dapat meringankan azab orang yang baru saja dikubur selama pelepah Tamar ini masih basah".
Daripada hadist ini, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa bacaan Al-Quran yang diniatkan untuk si mati hukumnya Sunnah. Kerana apabila pelepah tamar sahaja dapat meringankan azab si mati, apatah lagi bacaan ayat Al-Quran? Tentulah ianya lebih utama dari pelepah tamar. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Al-Qarafi dan Syekh Ibnul Haj.

✔Perbezaan pandangan dalam hal itu pula bukanlah pada benar atau tidak, sebaliknya cara yang terbaik supaya pahala amalan yang dilakukan sampai kepada arwah. Dalam 'khilaf' ini umpamanya, Hal ia perlu dikembalikan (dirujuk) kepada ulama mazhab yang memiliki autoriti ilmu diiktiraf dalam tradisi mazhabnya. Isu ini sebenarnya sudah pun diselesaikan oleh ulama silam sekiranya kita mengikut tradisi ilmu yang sebenar, malah diulang tulis oleh ilmuwan semasa untuk pembacaan masyarakat umum.Maka Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita semua.
والله أعلم

show more

Share/Embed