MELAYU PELAYAR HEBAT
AyahMan Tajong AyahMan Tajong
2.57K subscribers
90 views
0

 Published On Apr 12, 2023

Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.
Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique?
Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.

Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan ‘sixth sense’ semulajadi tentang laut yakni bangsa Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria, bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.

Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan, ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis

Perahu Melayu atau ‘prau’/’parao’ (pharaoh?) kemungkinan besar (hipotesis) telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir. Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun, Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.

Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon), perkataan ‘siglat’ yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata ‘idigna’ bagi Sumeria dan ‘idiglat’ bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata ‘burakan’ yang bermaksud ‘gelombang’,’berayun-ayun’ atau ‘melayari’ adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria ‘Buranun’ dan Akkadia bagi ‘Pu-rat-tu’ merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.

Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno ‘Ophir’ yang menjadi ‘The King Solomon’s Mines’ pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.


Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

Bahkan budaya PELAUT bangsa Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar orang Cina dalam bidang perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam bukunya yang menceritakan seperti berikut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu.”

Lihat bagaimana budaya pelaut bangsa melayu mempengaruhi orang China. Tidak berhenti di situ, diceritakan juga bagaimana BUDAYA PELAUT BANGSA MELAYU ini membuatkan mereka mencipta sebuah teknologi yang melampaui zaman mereka.

show more

Share/Embed