Rumi dan Jawi - (Episod 1)
Nasteshbehlena Channel Nasteshbehlena Channel
1K subscribers
29,631 views
198

 Published On Jul 21, 2020

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang ke Malaysia dari Mesir dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Rumi terkejut melihat cara hidup keluarganya yang sudah tidak mengamalkan ajaran islam dalam hidup mereka. Berpegang pada hukum, Rumi bertekad untuk merubah hidup keluarganya, namun ianya tak semudah yang disangka kerana keluarga Rumi agak tertekan dan mula memberontak dengan sikap Rumi yang terlalu memaksa mereka untuk berubah. 

Sikap Rumi yang gemar membantu orang dalam kesusahan dan ingin kembali ke pangkal jalan membuatkan Maya dan Keisya sama-sama jatuh hati pada Rumi. Kematian adik bongsu Rumi iaitu Aisya memberi tamparan hebat pada keluarga Rumi dan Rumi kemudiannya terpaksa ke New York atas urusan kerja. Di sana die bertemu dengan seorang wanita yang bernama Jawi yang sangat bencikan dirinya. Keadaan mula menjadi rumit bila Ibu Rumi ingin menjodohkan Rumi dengan Jawi namun mereka saling benci-membenci. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

#RemyIshak
#FatiyaLatiff
#RemyFatiya

show more

Share/Embed