Baru Je Bergelar Suami, Sekali Kantoi Isteri Nafiz Muaz Rupanya Bukan Biasa2. Permaisuri Pun Hadir
Tube Bawang Tube Bawang
77.8K subscribers
449,409 views
2.7K

 Published On Jan 9, 2021

Hello Guys, dont forget to subscribe my channel    / khairulisma   😊.
I'll post many video after this

_______________________________________________

Baru Je Bergelar Suami, Sekali Kantoi Isteri Nafiz Muaz Rupanya Bukan Biasa2. Permaisuri Pun Hadir

” Alhamdulillah, tahniah. Bukan biasa-biasa isteri Nafiz ni..pandai pilih, memang cantik!”

Itu antara komen ditinggalkan oleh warganet kepada pelakon Nafiz Muaz, 22, yang sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, dalam majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka dengan sekali lafaz pada Sabtu, 2 Januari.

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir berkata, dia bersyukur akhirnya dapat melangsungkan majlis itu selepas dua kali ditunda.

” Ia sepatutnya diadakan Ogos lalu. Namun, disebabkan penularan Cov1d-19 serta beberapa kekangan lain, kami tunda ke Disember lalu.

” Disebabkan saya dan isteri tidak mahu berlengah lagi, kami nekad memilih tarikh hari ini sebagai hari bahagia. Walaupun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian ini,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira-kira 100 orang tetamu. Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Berkenalan lebih tiga tahun lalu, pelakon drama Hello Jangan Tapau Cintaku itu mengakui selesa dengan keperibadian isterinya itu.

” Paling utama dia sangat memahami saya. Kami masing-masing terbuka dalam banyak perkara. Insya-Allah kami berjanji akan menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh tanggungjawab.

” Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya

Nafiz memaklumkan mereka juga akan mengadakan satu majlis resepsi pada 21 Januari ini sebelum majlis bertandang di Sungai Petani, Kedah bulan depan.

Namun, siapa sangka suri hatinya itu merupakan ahli kerabat diraja Terengganu berikutan terdapat juga foto bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Menerusi perkongsian akaun Instagram Malaysia Royal Family, isteri Nafiz, Nur Diyana Mariam adalah adinda bongsu kepada Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu.

Umum mengetahui Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Manakala difahamkan Sultanah Nur Zahirah yang dilahirkan di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman, merupakan antara empat permaisuri Raja Melayu yang bukan berdarah raja.

show more

Share/Embed