Travel | Gerbang Laut Pulau Mawar @ Heaven's Gate | Mersing, Johor
Mimpi Laila Mimpi Laila
3.53K subscribers
7,436 views
0

 Published On Sep 8, 2022

Gerbang Laut Pulau Mawar juga dikenali sebagai "Heaven's Gate". Ianya terletak di Penyabung, lebih kurang 30km dari Mersing dan merupakan tempat yang sangat cantik. Pantainya bersih dan terdapat juga susunan Pokok Rhu yg berbaris seperti di Pantai Senok, Kelantan @ Nami Island.

Bermula 1 Sept 2022, kawasan ini mula dikawal selia di mana setiap kenderaan yg ingin memasuki kawasan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM5/ entry.

Perjalanan merentas beting pasir dari tempat parking ke Pintu Gerbang memakan masa lebih kurang 20-30 minit. Anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang bersesuaian kerana akan melalui kawasan paya bakau.

Sebelum datang, pastikan keadaan air sedang surut..( Boleh check jadual air pasang surut kawasan Mersing di link yang disertakan di bawah)

https://www.tide-forecast.com/locatio...

Anda boleh juga menggunakan guide untuk explore kawasan Gerbang Laut ini bagi menikmati pemandangan bentuk-bentuk batu yang menakjubkan. (Kami tidak sempat untuk perkara ini)

Terdapat juga Chalet2 dan kawasan untuk bercamping bagi yang ingin bermalam .

Diharap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu.

show more

Share/Embed