Ketupat Daun Pisang | Cara Buat Ketupat Daun Pisang/ Ketupat Dakap | Chapter Wan buat resepi raya
Chapter Wan Chapter Wan
14.3K subscribers
14,106 views
0

 Published On May 22, 2020

Cara membuat ketupap daun pisang ini adalah resipi dari Bonda dan diolah sedikit mengikut kesesuaian seperti menggunakan santan kotak kerana kesukaran mendapat santan segar.

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut.
800-850ml santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Daun pisang
Tali rafia (untuk membalut ketupat)

CARA-CARA:
Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).
Rendam selama 2jam dan toskan hinggan kering.
Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).
Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.
Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan tak cantik.
Sentiasa kacau utk elak santan berkelodak, tutup api dan sejuk sebentar.
Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.
Pulut diarun dengan santan, tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Memadai setakat lembabkan pulut dan tak perlu habeskan semua santan.
Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)
Boleh la mula membungkus.
Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari supaya daun pisang tidak carik semasa proses membalut ketupat.
Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..
Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti dalam video.
Selesai membalut, kukus semula ketupat.
Siap lah ketupat daun pisang atau ketupat dakap dan sedia dimakan.

show more

Share/Embed