SHOTAZ: Cerita Tentang Dajjal dan Akhir Zaman | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
realridz studio realridz studio
71.2K subscribers
15,885 views
462

 Published On Sep 13, 2021

ANTARA tanda-tanda kiamat adalah terjadinya pertempuran di antara kaum Muslimin yang merupakan tentera Isa AS dan bangsa Yahudi yang menjadi tentera Dajjal pada akhir zaman.

Sehingga pada satu masa pokok-pokok dan batu berkata kepada tentera Islam tentang kedudukan orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang Yahudi di belakang batu dan kayu, lalu batu dan kayu berkata, 'Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang aku, ke marilah dan bunuhlah dia kecuali pohon al-Gharqad (yang tidak berbuat demikian kerana ia termasuk pohon Yahudi.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Siri peperangan di dunia tidak pernah terhenti khususnya melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing mempunyai tujuan tertentu sama ada menguasai atau menghadapi.

Apabila mendengar perkataan 'perang' pasti akan melibatkan nyawa dan kemusnahan yang besar. Kaum Muslimin secara umumnya sudah berperang dengan kaum Yahudi sejak zaman Nabi SAW.

Mereka dapat mengalahkan kaum Yahudi itu dan mengusir mereka dari Jazirah Arab.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sungguh aku akan mengeluarkan kaum Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, hingga tidak ada yang aku biarkan kecuali yang beragama Islam." (Hadis Riwayat Muslim)

Siri peperangan ini akan terus berlaku sehingga peperangan besar sebelum kiamat muncul. Peperangan yang dikenali dengan al-Malhamah al-Kubra ini merujuk kepada perkataan lahm yang bermaksud daging.

Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan situasi peperangan dan pembunuhan yang besar berlaku. Disebabkan peperangan ini ramai tentera dan orang awam yang terbunuh.

Al-Malhamah al-Kubra ini hanya terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Peristiwa ini banyak disebut dalam hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Apabila meneliti perbahasan hadis al-Malhamah al-Kubra ini, peperangan yang akan berlaku adalah melibatkan Islam dan Kristian yang merupakan seteru permusuhan yang sudah berlaku pada masa lalu. Bagaimanapun, dalam hadis tersebut, Nabi SAW tidak menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi mengemukakan nama Rom.

Penggunaan nama Rom ini adalah sebahagian simbol kekuatan golongan Kristian dan Nasrani dan mudah difahamai oleh sahabat Baginda pada waktu tersebut. Pada saat tersebut, golongan Kristian adalah mereka yang mempunyai kuasa besar dan bertapak di Rom melalui Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine Rom telah dimusnahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota Kostantinopel pada tahun 1453M.

Menerusi hadis Baginda Nabi SAW, terdapat beberapa peristiwa menjelang berlakunya al-Malhamah al-Kubra.

Antaranya fitnah berlaku berleluasa. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Akan berlaku ketika hampirnya al-Malhamah fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati." (Hadis Riwayat Abu 'Amr al-Dani)

Fitnah yang sedang melanda umat akhir zaman pada hari ini akan terus membarah sehingga menjadi asbab kepada berlakunya kematian dan pembunuhan. Dalam situasi ini, setiap manusia tidak akan terlepas dari pada fitnah sehingga mereka yang berilmu dan beriman juga terpalit dalam fitnah akhir zaman ini.

Dalam masa sama, pasukan tentera Islam mula ditubuh dan diperkuatkan.

show more

Share/Embed