Masa Depan UMNO Selepas Ini
APHD Channel APHD Channel
547K subscribers
266,802 views
0

 Published On Feb 8, 2023

Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► https://linktr.ee/aphdchannel

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
►    / @aphdchannel  

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Sebarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]
Terima kasih kerana terus menyokong kami.

--
Masa Depan UMNO Selepas Ini

Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, UMNO adalah parti yang mendominasi komposisi dalam pemerintahan negara, dimana memenangi beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) dengan majoriti yang amat besar. Namun, pada PRU ke-14, UMNO kehilangan sokongan daripada sebahagian besar rakyat Malaysia, hingga gagal membentuk kerajaan.

Manakala dalam PRU 15, UMNO sekali lagi ditolak rakyat, walaupun berjaya membentuk kerajaan perpaduan Walaupun tewas dalam pilihan raya, UMNO masih menjadi bualan masyarakat dan sering mendapat perhatian daripada pihak media. Ini kerana, dianggarkan seramai 3.3 juta orang masih setia menjadi ahli UMNO, dan sudah pasti kebanyakannya mahu melihat ke mana hala tuju parti selepas ini.

Dengan beberapa perubahan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti, adakah UMNO akan terus kekal relevan dalam arena politik negara, atau berdepan dengan kekalahan yang lebih teruk pada masa akan datang?

Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat, bagaimana UMNO menangani pelbagai isu yang terjadi, dan adakah parti keramat orang Melayu ini mampu terus bertahan dalam arena politik negara pada masa akan datang.
Teruskan menonton.

show more

Share/Embed