Jalan Alternatif | Miri-Limbang | Magoh | Sabah-Sarawak Link Road
N3J TV N3J TV
11.3K subscribers
51,886 views
0

 Published On Nov 19, 2019

*PERHATIAN:
ADALAH DILARANG UNTUK MENGGUNA SEMULA (DALAM APA JUGA CARA/TUJUAN) MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM VIDEO INI TANPA KEBENARAN .*

Jalan Magoh adalah antara laluan yang mencabar di sepanjang laluan alternatif Miri-Limbang. Perjalanan Miri-Limbang melalui laluan ini mengambil masa keseluruhan selama lebih kurang 10-12 jam bergantung dengan cuaca dan keadaan semasa jalan balak.

Laluan utama Miri-Limbang melalui Brunei adalah lebih dekat kerana hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam serta lebih selesa digunakan. Laluan utama Miri-Brunei-limbang juga boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan manakala laluan alternatif hanya boleh dilalui menggunakan pacuan 4 roda(4WD).

Laluan alternatif ini terletak di dalam jajaran Long Lama- Pa Berunut bagi rancangan pembinaan Sabah-Sarawak Link Road yang dijangka akan dimulakan proses pembidaan tender pada penghujung tahun 2019.

show more

Share/Embed