13 Jabal Rahmah Arafah
iMuslim STUDIO iMuslim STUDIO
8.09K subscribers
32 views
0

 Published On Jan 23, 2023

Tidak dinafikan bahawa setiap manusia itu tidak dapat lari dari sifat pelupa. Sehinggakan disebut dalam sebuah ungkapan yang masyhur:
وَمَا سُمِّيَ الإنسَانُ إِلَّا لِنَسيِهِ
Maksudnya: Dan tidaklah dinamakan manusia itu melainkan kerana sifat pelupanya.
Sebahagian ulama menyebutkan berkenaan dua perkara yang bermanfaat untuk dibaca oleh seseorang itu apabila dia terlupa.

Pertama: Menyebut Nama Allah S.W.T
Seseorang yang terlupa akan sesuatu perkara dituntut untuk memperbanyakkan mengingati Allah supaya Allah S.W.T membantu dirinya mengingati semula perkara tersebut.
Hal ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
Maksudnya: Dan sebutlah nama Tuhan kamu apabila kamu terlupa.
Surah al-Kahf (24)

Kedua: Berselawat Ke Atas Nabi S.A.W
Sebahagian ulama menyatakan bahawa antara cara yang dilakukan oleh seseorang itu apabila dia terlupa akan sesuatu adalah dengan berselawat ke atas Nabi S.A.W. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dengan katanya:
وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان
Maksudnya: Adapun selawat ke atas baginda S.A.W bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa.

Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
AL- KAFI #1205 : APAKAH YANG SEPATUTNYA DIBACA KETIKA TERLUPA

show more

Share/Embed