Anak Soleh Difitnah Ibu Dan Bayi Boleh Bercakap
Qalamul Quran Qalamul Quran
11.1K subscribers
701 views
0

 Published On Oct 24, 2023

Disclaimer - Gambar dan Video hanyalah ilustrasi sahaja.

Diantara Solat Sunat ataupun menyahut panggilan ibu?

Tuntasnya, fatwa menyatakan bahawa adalah haram membatalkan solat fardhu untuk menyahut panggilan ibu bapa berdasarkan keumuman dalil al-Quran yang melarang kita membatalkan amalan fardhu, kecuali jika panggilan tersebut adalah dalam keadaan darurat dan memerlukan, seperti meminta tolong kerana terjatuh, urusan kecemasan dan seumpamanya.

Adapun ketika solat sunat, adalah wajib bagi seorang anak untuk menyahut panggilan ibu bapanya jika diyakini kedua mereka akan merasa marah atau berkecil hati jika panggilan tidak bersahut, wajib juga ibu bapa tidak mengetahui si anak sedang solat sunat, dan wajib juga menyahut jika dalam keadaan memerlukan.

Jika panggilan tersebut bukan perkara mustahak, atau diyakini kedua ibu bapa tidak akan marah dan berkecil hati, maka solat sunat hendaklah diteruskan seperti biasa dan segera menyahut panggilan mereka setelah selesai solat.

Wallahu a’lam.

#cerita pendek
#qalamul quran
#kisah juraij

show more

Share/Embed