'Kita pinjam dari negara China, Najib jawab surat saya'
KiniTV KiniTV
2.27M subscribers
351,485 views
930

 Published On May 29, 2017

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhasrat untuk meminjam wang daripada bank milik kerajaan China, dan bukan institusi kewangan swasta.

Kata Lim, prosedur itu harus diluluskan oleh pihak berkuasa China dan Malaysia kerana ia melibatkan rundingan kerajaan dengan kerajaan.

"Ini adalah bukan pinjaman daripada bank-bank komersial negara China. Kita pinjam daripada negara China. Itu bukan bank. Kalau bank, tentu Perdana Menteri akan tolak.

"Sekiranya daripada bank-bank, pasti Perdana Menteri akan tolak, tetapi ini datang daripada negara China, itu sebab dia jawab surat saya supaya mesti buat beberapa perkara sebelum pihak kerajaan Pusat menimbangnya," katanya sambil menunjukkan surat balasan daripada Datuk Seri Najib Razak.

Lim berkata demikian pada sidang media hari ini.

show more

Share/Embed