Def Gab C - MERAH Live at Konsert Merah Hitam, Zepp KL
KEPALA METAL ChanneL KEPALA METAL ChanneL
17.8K subscribers
845 views
35

 Published On Sep 1, 2024

Merah Hitam @ Zepp KL: DEF GAB C & KRISTAL X
12 Jun 2024, Poolside Bistro, Ideas Hotel
Def Gab C dan Kristal X, dua nama yang telah terpahat didalam sirkit muzik tanahair lebih 20 tahun. Dianggap diantara dua kumpulan pelapis muzik Rock yang mempunyai kualiti dan karektor tersendiri, baik dari segi muzikal, imej dan pengaruh.

Bergabung mengadakan satu persembahan berprestij Merah Hitam @ Zepp, KL: " Def Gab C & Kristal X pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) ini bermula jam 8 malam di mana mereka bakal menyampaikan hampir 20 lagu malar segar yang pernah menjadi halwa telinga para peminat seni tanahair.
"Ini adalah penampilan sulung kami selapas hampir 4 tahun, dimana sebelum ini saya lebih aktif menyanyi secara solo. lanya sat yang sangat saya tunggukan kerana "vibe" membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya diatas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat. lanya juga satu"reunite" kembali Def Gab C dan selepas ini kami terus merancang untuk mengadakan Tour di seluruh Negara . Ujar Asheed.

Selain Asheed, Def Gab C dianggotai Oleh Jemboo (Gitar), Ahtonk (Drum)
dan Epyn ( Bass )

"Kristal X sangat teruja untuk beraksi didalam konsert ini, dan ini juga merupakan peluang kepada peminat setia kami untuk merasai kepuasan tersendiri memandangkan ianya diadakan secara sistemetik di satu lokasi yang saya rasakan sangat sempurna dari segi penataan bunyi dan visual iaitu di Zepp KL. Saya dan anggota Kristal X yang lain iaitu Ainol (Drum), Napie (Gitar ) Amai (Bass) dan Ayop (Keyboard) sangat bersemarak untuk all out Rockin bersama para peminat semua". Ujar sang pelantun suara Kristal X, Lan.

Untuk makluman, Merah Hitam adalah perkataan yang diambil dari adaptasi kedua-dua lagu hits kumpulan tersebut iaitu "Merah" dari Def Gab C dan Hitam yang merujuk kepada lagu "Seragam Hitam" dari Kristal X .
Menurut pengarah persembahan, Amad, konsert ini di adun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, manifesto dan paling utama di malam persembahan akan adanya beberapa elemen yang agak menarik.
"Ya kita juga akan meraikan Merdeka pada konsert tersebut, pastinya ada sedikit elemen patriotism yang disampaikan dengan cara kami sendiri nanti, dan saya akan pastikan ianya bakal menjadi kenangan halwa telinga, kepuasan jiwa dan visual".

"Konsert Def Gab C & Kristal X:Merah Hitam ini merupakan permulaan menceburkan diri secara profesional didalam sirkit persembahan langsung buat syarikat kami Shoreline Space. lanya juga satu sinergi dengan perniagaan asas kami iaitu ruang acara dengan peralatan muzik terkini yang terletak di Sri Rampai. Saya secara peribadi amat-amat teliti dan cerewet didalam menyelenggara persembahan ini dengan menyediakan peralatan, sistem bunyi dan visual serta tenaga teknikal profesional yang bakal di persembahkan oleh barisan pemuzik pelapis terbaik Negara iaitu anggota kumpulan Def Gab C dan Kristal X". Ujar Pengarah Urusan Shoreline Space
En Shahrunnizam Jamel

Masihkan ingat Merah, Cinta Sakti, Seragam Hitam, Resam Pak Belalang atau
Slow Tunes Ampunkan Aku dan memburu impian ? . Ayuh kita menyanyi bersama dengan Def Gab C & Kristal X di konsert Merah Hitam@Zepp KL pada
31 Ogos ini sambil menghayati semangat kemerdekaan.
Untuk maklumat tiket sila layari laman web myticket.asia

#kepalametal #defgabc #kristalX

show more

Share/Embed