Ucapan Anwar Ibrahim dalam program santai bersama komuniti India, Chemor (08.07.2024)
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
1,189 views
0

 Published On Jul 8, 2024

Terima kasih kepada penduduk Kampung Kanthan atas sambutan yang sangat meriah. Saya turut umum pemberian sumbangan sebanyak RM72,000 bagi pembelian skrin LED di dewan sekolah ini.
Saya kemudian langsung ke Dewan Komuniti Chemor untuk bersama masyarakat India di Parlimen Tambun. Dalam ucapan, saya tegaskan Kerajaan MADANI sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira kaum.
Meskipun berdepan kekangan kewangan akibat kebobrokan pemimpin lampau yang mencuri wang demi memperkayakan kaum kerabat, saya beri jaminan Kerajaan MADANI akan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Namun saya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela Kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif Kerajaan.
Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian Kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan, ketimbang celaan dan cercaan semata-mata yang tidak mungkin membantu merungkai masalah.
Saya turut nafikan dakwaan kononnya bahawa Kerajaan meminggirkan kebajikan kaum India, tatkala sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).
Malah, RM60 juta disediakan untuk TEKUN bagi membantu usahawan, termasuk dalam kalangan masyarakat India, serta lebih RM71 juta diperuntukkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), termasuk RM50 juta khusus untuk inisiatif Sahabat Usahawan India.
Di akhir ucapan, saya mohon untuk rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama.

show more

Share/Embed