Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan(Official Lyric Video)
Ragam&Rhythm Ragam&Rhythm
20.1K subscribers
702,518 views
0

 Published On Nov 25, 2023

“Siti Nurhaliza” ialah album studio sulung eponim Siti Nurhaliza selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995, terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996 dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.

Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff.

Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini.


Trivia tentang "Jerat Percintaan"


1. "Jerat Percintaan" ialah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai single pertama beliau dari album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, dan juga menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 1996.

2. Berdurasi selama 4 minit dan 55 saat, Jerat Percintaan ialah sebuah lagu yang bersederhana perlahan dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ. Jerat Percintaan berkisarkan tentang cabaran yang dihadapi oleh dua insan apabila terperangkap dalam alam percintaan.

3. Muzik video lagu ini dimulakan dengan Siti Nurhaliza dan Adnan Abu Hassan berada di dalam studio rakaman. Kemudian, diikuti oleh Siti merakamkan suaranya di dalam studio. Dari awal hingga akhir muzik video ini, ia memaparkan Siti mengenangkan memori lamanya. Pada penghujung muzik video, Siti mengalirkan airmatanya dan diakhiri dengan Siti merenung di dinding.

show more

Share/Embed