Selawat Tafrijiyah | Selawat Dimurahkan Rezeki & Dipermudahkan Urusan | Relaxing 1 hours
Adeeb dan Aisyah Adeeb dan Aisyah
1.53K subscribers
242 views
0

 Published On Sep 30, 2023

SELAWAT TAFRIJIYAH RUMI

Allahumma solli solatan kamilatan

Wasalim sallaman taammaa

A’laa saidina muhammadinil lazi

tanhallubihil u’kadu

Watanfariju bihil kurobu

Watukdho bihil hawa iju

Watunaalu bihirro gha’ ib-u

Wahusnu khawaa timi

Wayustasqhol ghomaamu

biwajhihil karim

Wa ala alihi wasah bihi

fi kulli lamhatim wanafasim

Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.


MAKSUD

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYAH

Banyak sebenarnya kelebihan mengamalkan selawat ini, di antaranya ialah:

Selawat banyak bagi kebaikan pada kita dan keluarga.

Boleh hapuskan dosa-dosa.

Terjamin dan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.

Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

Doa dan hajat mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, InsyaAllah.

Menggantikan sedekah bagi yang tidak berkemampuan dari segi wang.

Dikasihi oleh Rasulullah s.w.t.

Mendapatkan ketenangan dan damai di hati dari dibelenggu kesulitan dan kesengsaraan.

Allah akan memudahkan segala urusan.

Dipacarkan Nur ( Cahaya ) dalam hati.

Dilindungi dari malang petaka dan di dampingi orang-orang yang baik.

kelebihan selawat ini memang banyak.

KESIMPULAN

Berselawatlah kepada Rasulullah dan berzikirlah kepada Allah semoga terhapus segala dosa-dosa kita, kerana kita ini mahkluk yang fana, selalu melakukan kesilapan. Dan juga semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah kerana selawat dan amalan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Lagi manfaat bila anda amalkan, ajar pada anak-anak dan keluarga, sila kongsikan.  Semoga kita menjadi anak yang soleh/solehah dan hamba yang taat pada perintahNYA.



#selawat #zikir #alquran #dzikir #alquran #anak #tafrijiyah #rezeki #urusan
 

show more

Share/Embed