EPISOD 10 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BOMBA & KILANG BERYLS
TV PSS SK Cheras Jaya TV PSS SK Cheras Jaya
638 subscribers
5,071 views
44

 Published On Sep 19, 2024

π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™Žπ˜Όπ™ˆπ˜½π™„π™‡ π˜½π™€π™‡π˜Όπ™…π˜Όπ™

12 September 2024 - Seramai 76 orang pelajar dan 12 orang guru dari Tahap 1 Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Serdang serta Kilang Coklat Beryl's. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek keselamatan dan proses pembuatan coklat.

Rombongan bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Kilang Coklat Beryl’s pada jam 8.30 pagi, di mana pelajar berpeluang melihat sendiri proses penghasilan coklat. Selepas itu, mereka melawat Balai Bomba Serdang pada pukul 10.00 pagi, di mana pelajar diberi penerangan mengenai tugas-tugas anggota bomba serta demonstrasi keselamatan kebakaran.

Lawatan diakhiri dengan makan tengah hari di Restoran Anjung D’hanna sebelum pulang ke sekolah pada jam 12.15 tengah hari.

show more

Share/Embed