Hanya Allah tahu yang ghaib
Fizah Mahat Fizah Mahat
37 subscribers
53 views
0

 Published On Oct 7, 2024

Surah Luqman ayat 34
إِنَّ اللهَ عِندَهُ عِلمُ السّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الغَيثَ وَيَعلَمُ ما فِي الأَرحامِ ۖ وَما تَدري نَفسٌ مّاذا تَكسِبُ غَدًا ۖ وَما تَدري نَفسٌ بِأَيِّ أَرضٍ تَموتُ ۚ إِنَّ اللهَ عَليمٌ خَبيرٌ

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

5 benda ghaib yang hanya Allah yang tahu;
1. pengetahuan tentang Hari Kiamat عِلمُ السّاعَةِ.
Malah Jibrail dan Nabi Muhammad ﷺ pun tidak tahu.

2. ⁠Dialah Yang menurunkan hujan وَيُنَزِّلُ الغَيثَ.
Allah sahaja yang tahu berapa banyak hujan akan turun, ke manakah hujan itu akan mengalir, disimpan di mana dan apakah yang akan dilakukan oleh air hujan itu. Manusia mungkin boleh buat ramalan sahaja berdasarkan kajian mereka, tapi itu pun tidak tepat. Maklumat yang tepat hanya dengan Allah taala sahaja.

3. ⁠Allah mengetahui apa yang ada dalam rahim وَيَعلَمُ ما فِي الأَرحامِ. Tidak ada yang tahu tahu sama ada anak itu nanti besar bagaimana, lelaki atau perempuan, sihat atau tidak, akan jadi pandai atau tidak, akan jadi orang beriman atau tidak, bila anak itu berkahwin, dengan siapa, mati bila.

4. ⁠Apa yang diusahakannya esok hari وَما تَدري نَفسٌ مّاذا تَكسِبُ غَدًا.
Mungkin kita ada merancang apa yang kita hendak lakukan esok tetapi kita tidak pasti sama ada kita boleh melakukannya atau tidak. Jadi oleh kerana kita tidak tahu apa yang kita akan dapat esok, maka kita jangan berlengah lagi untuk melakukan usaha untuk mendapatkan pahala. Kena ambil peluang masa yang kita ada untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang dapat memberikan pada sebagai bekal kita di akhirat kelak.

5. ⁠Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati وَما تَدري نَفسٌ بِأَيِّ أَرضٍ تَموتُ. Mungkin kita beriya-iya untuk melakukan pelancongan kepada negara luar tanpa kita sangka yang kita sebenarnya menuju ke tanah yang kita akan mati. Tanah itu menunggu sahaja kita untuk sampai kepadanya. Hadis- “Apabila Allah hendak mencabut nyawa seorang hamba di suatu negeri, maka Allah menggerakkan hamba yang bersangkutan ke negeri itu untuk suatu keperluan”. Ini adalah kerana ajal dan maut di dalam keputusan Allah

Sumber: tadabbur al-ahzab Ghulam https://www.youtube.com/live/L8Z30EtY...

https://celiktafsir.net/2017/11/17/luqman-...

show more

Share/Embed