ADAM CORRIE : Ayam Masak Kicap Cendawan cara Adam Corrie (Resipi mudah masakan cina)
ADAM CORRIE ADAM CORRIE
43.1K subscribers
113,190 views
4.7K

 Published On Jan 31, 2021

Channel santai dari Adam Corrie. Isi masa lapang ketika tiada sesi penggambaran drama atau filem dengan membuat video santai yang semua untuk sesi keluarga.
.
Saya Masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap cendawan yang mengikut cara saya. ini adalah video LIVE di FB.
Selamat mencuba.
Yang baik dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri saya.

Masih ada tanya resipi Ayam Kicap Cendawan Cara ADAM CORRIE
.
Ini dia bahan-bahannya.
1. Daging Ayam di potong sederhana besar. kaki ayam jangan lupa potong kukunya. potongan ayam tersebut di perap dengan sos tiram, sos pekat & kicap cair. Perap semalaman

2. tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)

3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.

4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.

5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. Tambah air bagi ia berkuah. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.

6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa.

7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling..
Kalau tak pekat makan dengan nasi.

Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..
.
Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Saya halalkan resipi ini. Doakan saya dan keluarga saya menjadi hamba Allah yang baik, berbakti pada agama dan masyarakat , dimurahkan rezeki dan bahagia dunia & akhirat.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #masakCincaiCincaije #masakanOrangCina #CinaMuslim #ArtisCina

#adamcorrie

show more

Share/Embed