PANDUAN SOLAT JENAZAH LENGKAP DAN MUDAH
GAPURA ILMU IBNU JAMIL GAPURA ILMU IBNU JAMIL
43.2K subscribers
32,078 views
0

 Published On Nov 16, 2022

Setiap manusia pasti akan merasai mati. Ini bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Manusia berasal dari tanah, maka sudah pastilah dia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia.

Hukum Solat Jenazah adalah fardu kifayah, bermaksud ia wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

Mempelajari solat jenazah juga amat penting. Berbeza dengan solat yang lain, cara solat jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak perlu rukuk, iktidal, sujud, atau tahiyat. Tetapi ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam (semasa berdiri).

Video pada kali ini memberi ruang untuk para Muslimin mempelajari bagaimana untuk mendirikan solat jenazah. Usaha ini dilakukan kerana masih ramai yang belum mempunyai ilmu bagaimana untuk mendirikan solat jenazah apatah lagi apabila jenazah yang disolatkan adalah dari kalangan ahli keluarga kita sendiri. Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat nilaian di sisi Allah SWT sebagai panduan kita bersama.

show more

Share/Embed